F Ayda Jebat lebih hati-hati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ayda Jebat lebih hati-hati

Meskipun ada segelintir yang tidak menyenangi pelakon Ayda Jebat, namun pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Adik berkata, dia tidak perlu bimbang dengan hal itu, malah menganggap ia sebagai satu perkara yang positif.

Menurut Ayda, mereka yang tidak menyenangi dirinya sebenarnya merupakan individu yang nampak akan kelemahan dan kekurangan dalam dirinya. Oleh itu, Ayda akan sedaya upaya memperbaiki kelemahan dan kekurangan pada dirinya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Melaka ini turut berkata, mengakui tawaran yang melimpah membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menjaga kualiti kerjanya. Ini kerana Ayda lebih selesa untuk fokus pada satu kerja sahaja.

MH Online tidak menafikan bahawa pelakon genit itu namanya kini semakin bersinar dalam arena seni hiburan. Semoga pencapaian Ayda hari ini konsisten sampai bila-bila masa.
Powered by Blogger.