F Awie fail kebenaran poligami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Awie fail kebenaran poligami

VOKALIS kumpulan Wings Awie memfailkan permohonan pengesahan poligami perkahwinannya dengan isterinya, Rozana Misbun, 12 tahun lalu.

Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat permohonan itu mengikut Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor pada 3 Februari lalu.

Dalam permohonan afidavitnya, Awie berkata, dia melangsungkan pernikahan dengan Rozana di kediaman jurunikah Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand jam 9 malam pada 20 Jun 2005 tanpa kebenaran mahkamah.

"Semasa bernikah dengan respondan (Rozana), saya telah mempunyai isteri bernama Arni Nazira dan dikurniakan dua cahaya mata," katanya," katanya.

Bagaimana pun, dia dan Arni Nazira telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 16 Oktober 2006.
Powered by Blogger.