F Awi Rafael sedia untuk kahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Awi Rafael sedia untuk kahwin

Menjengah usia 30, penyanyi Awi Rafael memberitahu  bahawa dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

Walau bagaimanapun, calon untuk menjadi pasangan hidupnya masih lagi belum ditemui. Pun begitu, Awi turut berkata, andai sudah ada calon dan berjaya menambat hatinya, penyanyi itu tidak akan teragak-agak untuk kahwin terus.

Ini kerana bagi penyanyi kelahiran Singapura itu, dari segi kelengkapan rumah dan lain-lain sudah cukup.

"Saya sudah bersedia untuk berkahwin, tambahan dari segi kewangan, tempat tinggal kesemuanya sudah saya sediakan untuk bakal isteri. Namun hanya calonnya sahaja belum jumpa sehingga kini. Jika satu hari nanti sudah bertemu, pasti saya akan kahwin terus," ujarnya.
Powered by Blogger.