F Ashraf Muslim Akui Naik Darah Gara-gara Peminat Ajak Berselfie | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ashraf Muslim Akui Naik Darah Gara-gara Peminat Ajak Berselfie

Pelakon Ashraf Muslim mengakui dia tetap dengan pendiriannya tidak mahu tidak bergambar dengan wanita yang bukan mahram kerana mahu menjaga batas pergaulan dengan wanita serta mahu mencari keredhaan Allah.

Bagaimanapun, menurut Ashraf, dek kerana pndirianya itu maka dia dilabelkan sbagai sombong oleh sesetengah pihak.

"Apabila menolak, pasti saya akan dilabel sombong. Namun saya memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tetapi saya mengharapkan peminat memahami permintaan saya,” katanya seperti yang dilaporkan BH Plus.

Dalam pada itu, Ashraf juga berkongsi cerita bagaimana insiden seorang wanita berusia yang boleh dipanggil ibu mahu berselfie dengannya ketika mengerjakan ibadah umrah.

"Tanpa segan silu, dia mahu bergambar selfie dengan saya. Saya terkejut dan darah saya naik tiba-tiba. Marah pun ada. Namun begitu, saya menolaknya dengan cara baik,” jelasnya

Pun begitu disebabkan dia tidak mahu mengecewakan peminat tersebut, dia telah mengesyorkan agar ahli keluarganya dan ahli keluarga peminatnya itu turut serta bergambar bersama-sama.
Powered by Blogger.