F Asfan Terkilan Tak Dapat Royalti | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Asfan Terkilan Tak Dapat Royalti

Penyanyi Asfan, 32, meluahkan rasa terkilan apabila tidak menerima sebarang royalti daripada semua muat turun lagu nyanyiannya sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, Asfan, berkata status yang ditulis di Facebook miliknya itu ditujukan kepada beberapa syarikat rakaman yang pernah dinaunginya sebelum ini namun tidak mahu menamakannya secara spesifik.

"Saya sudah berada di dalam industri hampir 10 tahun dan secara logiknya, tidak mungkin satu pun lagu saya tidak dimuat turun sebagai nada bunyi dan digital.

"Saya bukanlah terlalu mengejar wang ringgit tetapi apa yang saya mahukan adalah kenyataan bank atau rekod yang tercatat jumlah muat turun dan sebagainya. Ada atau tidak duit daripada hasil muat turun, tak mengapa kerana yang penting adalah rekod bertulis,” katanya.

Kata Asfan, dia sedia maklum lagu dendangannya yang dimuat naik di YouTube pernah mencecah lima juta tontonan dan kerap dimainkan di radio.

Tambah Asfan lagi, dia sudah lama terfikir untuk menyuarakan pendapat mengenai haknya untuk mendapatkan royalti namun tidak berpeluang berbuat demikian.

Asfan bagaimanapun menegaskan perkara itu tiada kaitan dengan Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP).

"MACP sentiasa membayar royalti lagu ciptaan saya dan tiada sebarang masalah sepanjang kami bekerjasama.

"Sekali lagi saya tegaskan, hal ini tiada kaitan dengan MACP,” katanya.
Powered by Blogger.