F Anak Keliru Lihat Bunga Citra Lestari Berjilbab | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anak Keliru Lihat Bunga Citra Lestari Berjilbab

Pelakon dan penyanyi popular Bunga Citra Lestari (BCL) mengakui berasa lucu dengan gelagat anak kesayangannya, Noah, apabila puteranya yang enam tahun itu memberikan reaksi bingung tatkala melihatnya tampil berhijab dalam filem Jilbab Traveler.

Menurut isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair ini, melihat penampilan berbezanya dalam filem tu, Noah spontan bertanyakan kepadanya kenapa dia memakai hijab.

"Ketika penggambaran dia (Noah) lihat dan sudah tanya kenapa pakai itu (hijab). Terus saya jelaskan kepadanya kerana kali ini saya melakonkan watak gadis berjilbab.

"Noah sebenarnya senang-senang aja kerana setiap filem saya berbeza-beza juga berbeza dengan penampilan seharian saya," katanya seperti yang dilaporkan KapanLagi.com

Filem Jilbab Traveler (Love Sparks in Korea) yang turut dibintangi pelakon Morgan Oey dan Giring (Nidji) telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 5 Julai lalu.

Dalam pada itu, tambah penyanyi yang juga cukup popular menerusi lagu hits Wanita Terbahagia ini, dia bersyukur dan gembira kerana suami dan anaknya sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya.

Katanya, Noah pasti akan teruja setiap kali diajak menonton filem lakonanya.

"Saya gembira. Tiap kali diajak menonton bersama keluarga, Noah teruja, "Yay Jilbab Traveler". Terus dia tidak sudah-sudah bercerita kepada sepupu-sepupunyan mengenai filem itu ada adegan apa dan dia 'spoiler-spoiler' ini nanti gini, gini. This is gonna be very funny, this is gonna be sad (ini nanti akan ada adegan lucu, ini nanti ada sedih).

"Lucu melihat gelagat Noah. Saya bahagia sekali sebagai seorang ibu yang walaupun waktu dengan anak saya kurang tetapi somehow I have this little angel (saya punya malaikat kecil ini) yang selalu menyokong," cerita BCL.

Selain Jilbab Traveler, BCL yang turut tampil menerusi dua lagi filem dalam tahun ini iaitu My Stupid Boss dan 3 Srikandi.
Powered by Blogger.