F Anak dalam kandungan Nadiya Nisaa meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anak dalam kandungan Nadiya Nisaa meninggal dunia

ANAK kedua kepada pelakon Nadiya Nisaa Kamarudin, 31, yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre hari ini.

Memetik Utusan Online, suaminya, Saiful Razman Kasim menyatakan bahawa jenazah anak mereka itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak sebelum solat Zohor tadi.

Katanya, Nadiya kini berada dalam keadaan sihat, walaupun masih lemah dan bersedih di atas kehilangan tersebut.

Al-Fatihah.
Powered by Blogger.