F Anak Che Ta jadi duta produk bayi & kanak-kanak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anak Che Ta jadi duta produk bayi & kanak-kanak

DEK populariti yang mencanak naik, Aaisyah Dhia Rana dipilih sebagai duta rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak, Mini Me.

Rentetan itu, anak kepada pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin itu dilantik sebagai duta produk berkenaan selama setahun.

Pengasasnya, Illi Nadiah Ibrahim memberitahu, pemilihan kanak-kanak itu dilihat sebagai satu daya penarik sekali gus membantu mempromosikan produk Mini Me.

"Faktor utama mengapa kita memilihnya adalah kerana populariti yang ada padanya. Lihat sahaja pada keletahnya di Instagram, pasti sahaja mencuri tumpuan.

"Bukan sahaja popular, Aaisyah juga mewarisi kecantikan ibu bapanya.

"Oleh itu, kita percaya, pemilihan produk amat penting baginya demi memastikan kesihatan dan kecantikan kulitnya terus berkekalan," katanya pada Zass selepas melancarkan produk tersebut, petang tadi.

Jelasnya lagi, Mini Me merupakan rangkaian produk bayi dan kanak-kanak yang dijamin bebas bahan kimia serta selamat digunakan.

Dalam pada itu, berbesar hati dengan pelantikan anaknya sebagai duta, Rozita atau lebih mesra di sapa sebagai Che Ta memberitahu, tawaran itu diterima selepas 'merasai' sendiri keberkesanan produk terbabit.

"Jujurnya, ia berbeza dengan rangkaian produk bayi dan kanak-kanak yang lain kerana menpunyai keunikannya tersendiri.

"Selain bebas daripada bahan kimia, produk ini bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga sesuai buat kami sekeluarga.

"Alhamdulillah, mungkin ini rezeki Aaisyah. Kami tumpang bangga untuknya kerana terpilih sebagai duta produk," katanya.
Powered by Blogger.