F Amar & Amyra tersuka tanpa sengaja | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Amar & Amyra tersuka tanpa sengaja

Seperti jangkaan netizen bahawa pasangan pelakon popular Amar Baharin dan Amyra Rosli sememangnya sudah lama menyulam cinta. Bagaimanapun, ketika hubungan mereka mula tersebar luas di laman sosial, mereka begitu tenang seolah-olah tidak ada apapun yang berlaku.

Ini kerana, bagi pasangan itu soal cinta dan perasaan tidak perlu digembar-gemburkan selagi belum ada keputusan yang serius untuk ke fasa seterusnya.

Untuk itu, ikuti kisah cinta Amar Amyra.



1. Amar Jatuh Hati Dengan Amyra

Menurut hero drama Tersuka Tanpa Sengaja, cinta dan perasaannya mula berputik dengan Amyra sejak tahun 2015 lagi. Ini kerana pada tahun tersebut mereka kerap bekerjasama dan merasa selesa dengan perwatakan Amyra.

2. Tak Pernah 'Declare' Couple

Menariknya, pasangan itu bagaikan ada magisnya tersendiri apabila hati masing-masing bagaikan dapat membaca bahawa mereka ada perasaan suka di antara satu sama lain. Jadi, sepanjang tempoh perkenalan, mereka tidak pernah menganggap sebagai pasangan kekasih. Bagaimanapun, mereka saling percaya ini adalah jodoh.


3. "Action Speaks Louder Than Words" - Amyra

Bagi si cantik manis itu pula, dia tidak menyangka bahawa Amar seorang yang serius terhadap dirinya. Amyra memberitahu, dia mula perasan bahawa Amar selesa berkongsi perihal peribadi dan kerjaya kepadanya. Malah, Amar mahu selalu berada di samping aktres itu.



4. Amar Tidak Letak Syarat Bakal Isteri

Kakigosip difahamkan bahawa Amar bukanlah seorang yang bersikap memilih untuk mencari calon suri rumah, namun keikhlasan dan perlakuan aktres itu telah membuatkan hati Amar terpaut untuk menjadikan Amyra sebagai pasangan hidupnya.

Wow dah macam cerita novel cinta Cinderella bukan? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan itu, semoga jodoh kekal hingga ke jenjang pelamin.
Powered by Blogger.