F Altimet Perli Sikap Negatif, Mentaliti Orang Melayu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Altimet Perli Sikap Negatif, Mentaliti Orang Melayu

Penyanyi rap Altimet mendedahkan beliau sengaja mencipta beberapa lagu yang berbaur sindiran sebagai teguran terhadap sikap negatif sesetengah masyarakat Melayu dan lagu-lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaharunya nanti.

Memetik laporan mStar online, Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 38, bagaimanapun berkata, teguran itu tidak dilakukan secara jelas sebaliknya menerusi sindiran dan kiasan bagi dalam menyampaikan mesej kepada pendengar.

"Saya sengaja mencipta beberapa lagu berbentuk sindiran kerana merasakan perlu menegur sikap dan mentaliti masyarakat kita dalam perkara tertentu.

"Tetapi saya bukannya ingin menghentam secara terang-terangan sebaliknya secara sindiran dan kiasan yang lebih halus.

"Harapan saya agar mesej yang ingin disampaikan diterima sekaligus memberi impak positif," katanya.

Bercerita lanjut tentang album terbaharunya itu, Altimet berkata, dia telah pun menyiapkan sembilan buah lagu yang memperlihatkan karyanya itu bebas daripada sebarang konsep dan genre tertentu.

Katanya, dia memilih untuk melancarkan album berkenaan pada 27 November depan kerana ia juga bersempena dengan hari jadinya.
Powered by Blogger.