F Aktres Popular Didakwa Kahwin Sesama Jenis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aktres Popular Didakwa Kahwin Sesama Jenis

Pelakon Indonesia, Celine Evangelista, 24, dilaporkan telah bernikah dengan wanita sesama jenis di luar negara setahun lalu.

Memetik laporan Kapanlagi.com, ibu kepada dua anak itu dikhabarkan berkahwin dengan wanita yang akrab disapa dengan nama Bacil, pada Jun 2015.

Bagaimanapun, pengurus aktres berkenaan yang dikenali sebagai, Windy, menyangkal dakwaan tersebut.

"Saya tak tahu (soal pernikahan) tapi lucu aja. Lagipun, kenapa sih ngejar-ngejar berita dari mamanya Celine (Vicentia Nurul)?

"Mama Celine itu sebenarnya tidak tahu apa-apa," jelasnya.

Terdahulu, Vicentia dikatakan adalah individu yang menyebarkan khabar bahawa Celine tidak pernah berkahwin dengan suaminya, Dirly, meskipun berita tersebut langsung disangkal keras olehnya.

Dalam pada itu, Windy, menegaskan bahawa selama ini Vicentia tak pernah menguruskan dan menjaga Celine.

"Yang menjaga dia (Celine) dari kecil bukan mamanya. Dari dulu Celine sudah tidak tinggal sama ibunya. Dari kecil dibesarkan oleh Mami yang tinggal di Surabaya. Itu yang saya tahu," ungkapnya.

Windy juga mendakwa ada pihak yang sengaja ingin menjatuhkan karir Celine.

"Kasihan sebenarnya. Saya sangat menghormati orang-orang yang tidak bertanya lagi soal ini. Sudah lah, cukup.

"Tenyata ada pihak-pihak yang ingin memburukkan nama Celine. Faham-faham saja lah dengan dunia hiburan. Yang katanya tidak nikah sama Dirly (suami Celine), dikatanya nikah sama ini. Saya cuma ketawa kerana soalnya saya yang tahu semuanya tentang Celine," tegasnya.

Windy juga menegaskan bahawa foto Celine dan Bacil yang beredar bukanlah foto pernikahan.

"Tidak mungkin pernikahan seperti itu. Ternyata khabar itu seperti mahu menjatuhkan Celine," tegasnya.
Powered by Blogger.