F Aksi, komedi dan sains fiksyen dalam Kampung Drift | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aksi, komedi dan sains fiksyen dalam Kampung Drift

MENGGABUNGKAN aksi, komedi dan sains fiksyen dalam sesebuah filem bukannya sesuatu yang mudah.

Barangkali ada yang menganggap keinginan pengarah untuk gabungkan elemen ini tidak sesuai dengan filem. Lagi pula, ini filem aksi.

Namun, Kampung Drift membuktikan tiga elemen ini tidak sukar untuk diadun dalam sesebuah karya.

Filem yang mengisahkan pengembaraan hidup remaja bernama Johan lakonan Syafie Naswip dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya (Pekin Ibrahim) untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar.

Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’, Pak Idon, Johan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.

Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, pemandu drift ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya.

Jalan ceritanya ini ringkas, tetapi disampaikan dengan begitu baik. Mungkin kerana pelakon-pelakonnya yang hebat, berjaya menyampaikan setiap watak dengan baik serta dibantu sinematografi yang cantik.

Walaupun ini merupakan filem pertama arahan Nevin Heong, ia boleh dianggap kejayaan buat pengarah muda ini.

Tiada adegan yang 'ganas', drift juga dibuat dengan cantik, sesuai dengan cerita. Dengan tagline, 'Garisan Penamat Bukanlah Segalanya', filem ini digarap begitu teliti.

"Saya dapat idea kira-kira dua tahun lalu, ketika penggambaran dokumentari di China. Melihatkan perlumbaan drift di sana, terdetik untuk saya terbitkan filem sebegini.

"Bekerja dengan pelakon terbaik ini memudahkan kerja kami," katanya.

Bakal menjengah panggung bermula 4 Ogos depan, Kampung Drift pastinya memberi kelainan, berbeza dengan filem aksi lain.


Powered by Blogger.