F Akim teringin anak diusia muda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Akim teringin anak diusia muda

Pasangan penyanyi popular yang baru sahaja enam bulan berumah tangga iaitu Akim Ahmad dan Stacy, masing-masing memberitahu sudah bersedia untuk menimang cahaya mata andai dikurniakan awal.

Walau bagaimanapun, dek kerana jadual yang agak padat mereka tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana khuatir tertekan.

"Bagi saya di usia muda ini sangat cantik untuk menimang cahaya mata. Namun kita kena akur dengan ketentuan takdir Allah, rezeki dia yang berikan. Jadi, saya dan Stacy tidak mahu terlalu berharap, tambah pula jadual kami padat," ujar Akim yang kini berusia 25 tahun.

Sementara itu Ummu Shaikah Stacy Anam, 26, turut menambah, berikutan jadual mereka yang padat, jadi tiada perancangan yang dibuat kerana tidak mahu terlalu berharap.

"Bila kita merancang rasanya agak susah, bagi saya sendiri andai diberikan rezeki saya terima dengan baik malah kalau tidak ada pun tidak mengapa," katanya ringkas.

Menyentuh mengenai karier mereka pula, Tidak nafikan rezeki mereka tidak putus-putus. Sebelum ini mereka telah dilantik menjadi duta kepada beberapa syarikat ternama, kini pasangan itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi duta kempen Yeo's Yeogurt #RentakBahagia.

"Sebagai pasangan duta Yeo's Yeogurt yang baru, kami berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini. Malah kami pun sering berkongsi mengenai minuman kegemaran sewaktu kecil, dan kebanyakannya berkaitan dengan Yeo's. Selain itu saya juga yakin dengan kehalalan yang ditampilkan oleh Yeo's," kata Akim.

"Saya pula memang sejak kecil lagi suka dengan minuman Yeo's dan mudah untuk dijumpai di mana-mana. Yeo's Yeogurt ini juga kaya dengan khasiat dan nutrisi jadi sesuailah saya yang memang sentiasa sibuk ini," jelasnya sambil ketawa.
Powered by Blogger.