F Agungkan Budaya Barat, Syatila Melvin Ditegur Melalui Surah Al-Quran | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Agungkan Budaya Barat, Syatila Melvin Ditegur Melalui Surah Al-Quran

Sebuah drama baharu, Surah Buat Maisarah bakal menemui penonton di slot Zehra bermula 20 Julai ini.

Surah Buat Maisarah, sebuah drama yang mengisahkan mengenai seorang gadis melayu yang mengagungkan budaya barat, iaitu Maisarah (Syatila Melvin).

Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya.

Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu.

Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.

Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri.

Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakan dia mengubah Sara?

Drama terbitan Layar Consult Sdn Bhd ini diarahkan oleh Ahmad Khalid, skrip oleh Rina Khan membariskan pelakon seperti Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Bella Dally, Beego, Azri Iskandar, Zarina Zainoordin dan Shah Iskandar.

Saksikan kesudahan drama 15 episod yang penuh pengajaran ini menerusi slot Zehra hanya di TV3 dan juga tonton.com.my.
Powered by Blogger.