F Aeril akui kurang masa dengan Wawa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aeril akui kurang masa dengan Wawa

Pelakon tampan, Aeril Zafrel mengakui bahawa kurang mempunyai masa bersama isteri, Wawa Zainal dan termasuklah anak-anaknya.

"Saya akui latihan teater memang panjang, mengambil masa selama 30 hari. Balik rumah hampir lewat malam, jadi bila balik rumah anak pun dah tidur. Namun saya tetap mengambil berat terhadap ahli keluarga dan bertanyakan apa yang berlaku seharian itu.

“Latihan teater Lela Manja ini memerlukan stamina yang sangat kuat dari segi mental dan fizikal. Sampaikan, ada kalanya Wawa bertanya, bilalah nak bercuti ni?

“Sebab itulah, selesai pementasan teater Lela Manja ini saya bercadang bawa isteri dan anak-anak bercuti ke Pulau Langkawi. Lokasi itu jadi pilihan sebab tidak memerlukan perjalanan yang panjang kerana ada anak yang masih kecil.

“Saya harus bawa mereka bercuti kerana waktu itulah dapat lebih luangkan masa bersama.  Kalau tak ambil peluang bercuti itu saya akan sentiasa terikat dengan kerja,” ujarnya ketika ditemui pada sidang pra-tonton teater Lela Manja.

Dalam perkembangan lain, Aeril berkata, selain Lela Manja, dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Vampire yang juga karya dari Indonesia

Aeril yang menjalani penggambaran selama selama 10 hari di sana, turut menampilkan pelakon seperti Josiah Hogan, Reen Rahim dan Raja Ilya.
Powered by Blogger.