F Adira tangguh jumpa doktor untuk sahkan kehamilan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adira tangguh jumpa doktor untuk sahkan kehamilan

Kisah antara pelakon Ruhainies dengan Dato Red suami kepada penyanyi terkenal iaitu Adira Suhaimi masih lagi menjadi topik yang begitu trending di laman sosial.

Adira telah tampil memberikan kenyataan dan mengakui dia terguris apabila mengetahui insiden tersebut.

Pelantun lagu Dalam Kegelapan itu berkata, bagaimanapun dia tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Ruhainies kerana sudah mendapat penjelasan terperinci.

"Sejujurnya hati isteri mana tidak terguris apabila mendapat tahu tentang perkara itu, namun saya juga tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana sudah mendapat penjelasan daripadanya," ujarnya.

Pada masa yang sama juga, Adira turut berkata, dia kini sedang hamil dua minggu, namun kiraan tersebut kemungkinan tidak tepat. Ini kerana dia hanya membuat ujian menerusi kit kehamilan di rumah.

Jelasnya lagi, hasrat untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor bahawa dirinya hamil akan ditangguhkan buat seketika kerana melihat situasi sekarang agak tegang dan panas.

Semoga Adira tabah menghadapi ujian dan dugaan ini serta segeralah pergi berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri kandungan pula nanti terjejas.
Powered by Blogger.