F Adira Tak Berdendam Dengan Ruhainies | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adira Tak Berdendam Dengan Ruhainies

Penyanyi Adira Suhaimi, 25, memberitahu beliau tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies ekoran video kontroversi membabitkan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu dan pelakon itu. Sebaliknya, dia berharap kisah rumah tangganya tidak disensasikan.

Adira berkata, dia tidak melayan komen di laman sosial namun isu dibangkitkan mengguris hati apabila dilakukan sendiri insan terdekat, sekali gus dianggap seakan serangan peribadi.

"Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah.

"Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.

"Cuma diharap jangan kaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Tidak perlu dihebahkan kepada orang luar," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Beliau yang sebelum ini enggan membuka mulut memberi komen mengenai kenyataan suaminya di media berhubung keintiman dengan Ruhainies selain kesediaan menambah kuota isteri akhirnya tampil membuat penjelasan.

Begitupun, penyanyi yang bergelar isteri kedua itu masih selesa bercakap perkara perlu iaitu hanya membabitkan dirinya dan suami saja tanpa menyentuh pihak lain.

Adira bernikah dengan Adnan di Songkhla, Thailand, Disember tahun lalu.

Terdahulu, Ruhainies mengesahkan gambar dan video viral di sosial media pada Jumaat sememangnya membabitkan dirinya dan suami Adira.

Menerusi video berkenaan, kedua-dua mereka kelihatan mesra dan intim apabila lelaki yang sudah beristeri dua itu dilihat merangkul pinggangnya hingga mencetuskan tanda tanya.

Pelakon terbabit turut memaklumkan mereka saling mengenali selepas bekerjasama menjayakan sebuah video komersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu di bawah syarikat milik ahli perniagaan itu.
Powered by Blogger.