F Adi Putra Perlu Jelaskan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adi Putra Perlu Jelaskan

Masyarakat perlu memberi ruang dan peluang kepada pelakon Adi Putra menjelaskan gosip dirinya berkahwin untuk kali kedua, yang heboh diperkatakan netizen, sejak beberapa hari lalu.

Memetik laporan BH online, penceramah selebriti Ustaz Zul Ramli berkata, sebagai selebriti, Adi perlu memberi penjelasan supaya tidak timbul sebarang fitnah.

"Cuma berilah ruang dan masa untuk Adi menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Isu pernikahan kedua lelaki yang seiras Adi, dengan wanita yang difahamkan seorang pegawai kerajaan berusia 33 tahun, baru-baru ini menjadi viral selepas gambar upacara akad nikah pasangan itu tersebar di internet.

Ini dikatakan perkahwinan ketiga wanita terbabit, yang turut mempunyai seorang cahaya mata daripada perkahwinan lalu.

Bagaimanapun sehingga hari ini, Adi tidak memberi sebarang komen berhubung perkara terbabit.
Powered by Blogger.