F Abang bunuh adik demi maruah keluarga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abang bunuh adik demi maruah keluarga

Selebriti media sosial Pakistann Qandeel Baloch dibunuh abang sendiri kerana dianggap telah menjatuhkan maruah keluarga.

Memetik laporan BBC News, abang Qandeel, Waseem Baloch, ditahan di Dareah Ghazi Khan di tengah Pakistan pada malam Sabtu.

"Dia dicekik hingga mati, kami percaya ia pembunuhan kerana maruah," kata Ketua Polis Daerah, Azhar Akram.

Menurut polis lagi, Qandeel sebelum ini telah diberi amaran supaya meninggalkan bidang berkenaan kerana keluarganya tidak gembira dengan pekerjaannya sebagai model yang dianggap memalukan mereka.

Qandeel baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila bergambar 'selfie' dengan seorang ulama Islam.

Dalam temu bual baru-baru ini, Qandeel mengkritik masyarakat tradisional Pakistan dan menyifatkan dirinya sebagai seorang pendokong wanita.

Sebelum ini, beratus-ratus wanita dibunuh setiap tahun di Pakistan dek kerana 'amalan pembunuhan maruah'.
Powered by Blogger.