F Abam Terkejut Terima Gambar Bogel di Facebook | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abam Terkejut Terima Gambar Bogel di Facebook

Pelawak popular, Abam Bocey, mendedahkan dirinya diganggu lelaki gila seks menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Memetik laporan BH online, Abam atau nama sebenarnya Syed Muhd Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 27, berkata, lelaki terbabit bertindak di luar batasan apabila sanggup menunjukkan gambarnya dalam keadaan bogel.

"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi.

Tidak mahu pisang berbuah kali, Abam berkata, beliau kini mengambil langkah berhati-hati sebelum menerima mana-mana pihak untuk berkawan dengannya di laman sosial.

'Walaupun kali pertama berlaku, ia sangat membimbangkan saya. Cerita ini pun saya kongsi dengan teman rapat saja sebelum ini.

"Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan Facebook," ujar pemenang trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 ini.
Powered by Blogger.