F Abam Bocey digoda lelaki gila seks | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abam Bocey digoda lelaki gila seks

PELAWAK popular Abam Bocey mendedahkan dirinya pernah diganggu oleh lelaki gila seks di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Abam, 27, lelaki berkenaan menghantar gambar dalam keadaan bogel dan cuba menggodanya malah memanggilnya seksi.

"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook dan lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi.

"Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi," katanya dipetik BHOnline.

Tambah Abam, walaupun ini kali pertama berlaku, tetapi ia membimbangkannya.

“Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih bersikap berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan di laman Facebook,” ujarnya

Abam  merupakan ahli kumpulan Bocey yang turut disertai Fad dan Achey dan pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29.
Powered by Blogger.