F 5 drama korea ini buat anda jatuh cinta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

5 drama korea ini buat anda jatuh cinta

Berita baik buat semua peminat drama Korea terutamanya bagi pelanggan Astro, kini anda berpeluang menyaksikan pelbagai drama popular Korea sepanjang dua bulan akses percuma ke saluran Korea termasuklah Oh!K HD (CH 394) dan tvN(CH 395) bermula 1 Julai sehingga 31 Ogos 2016.

Sementara itu, KBS World (CH 391, HD CH 392) dan One HD (CH 393) akan menampilkan lebih banyak judul drama popular dan terkini seperti 'Uncontrollably Fond' (KBS World), 'Doctors' (One HD) dan 'W' (Oh!K HD) yang disiarkan sama hari dengan tayangan perdananya di Korea dan beserta sarikata.



1. Drama 'Uncontrollably Fond'

Selepas kejayaan drama 'Descendants of the Sun' mendapat respon yang baik daripada peminat drama Korea, kini drama 'Uncontrollably Fond' bakal menemui anda tidak lama lagi dengan menampilkan kemunculan Kim Woo Bin dan ahli daripada kumpulan K-Pop popular Miss A, Suzy. 'Uncontrollably Fond' mengisahkan dua rakan muda kembali bertemu setelah sekian lama dengan Woo Bin bergelar bintang K-Pop dan Suzy, penerbit dokumentari yang penuh keazaman.


2. Dari Bekas Banduan Ke Bidang Doktor

Menarik drama Korea berjudul 'Doctors' ini mengisahkan seorang bekas banduan yang kaki buli telah berjumpa berjumpa dengan seorang doktor pakar bedah neuro, Hong Ji Hong (Kim Rae Won). Dapatkah Ji Hong membantu hasrat Hye Jung (Park Shin Hye) yang mahu menjadi pakar bedah sepertinya? Saksikan di saluran ONE HD (CH 393).

Antara barisan artis yang terlibat seperti, Park Shin Hye, Kim Rae Won, Lee Sung Kyung dan Yoon Kyun Sang.



3. Drama Romantik “W - Two Worlds”

Ingin tahu bagaimana agaknya jika hartawan Kang Chul (Lee Jong Suk) dan doktor bedah Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) bertemu dalam satu percintaan yang penuh romantik? Saksikan drama “W - Two Worlds” bermula 21 Julai hanya di saluran Oh!K HD (CH 394).



4. Drama 'Wanted' & 'Monsters'

Andai tiga drama Korea yang disebut di atas bukan menjadi taruhan anda, jangan bimbang, sebab dua lagi drama berjudul Wanted dan Monsters juga akan memberikan satu sisi yang pasti berbeza. Oleh itu ikut jadual ini agar anda tidak terlepas menyaksikan drama pilihan anda.



- 'Uncontrollably Fond' (KBS World, CH 391 & HD 392) bermula 7 Julai sehingga 9 September setiap hari Khamis dan Jumaat pada jam 8.50 malam.

- Drama romantik “W - Two Worlds” (Oh!K HD, CH 394) bermula 21 Julai setiap hari Khamis dan Jumaat pada jam 8.55 malam.

- 'Doctors' (Oh!K HD, CH 394) sedang ditayangkan sehingga 10 Ogos setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 8.10 malam.

- Drama bersiri 50 episod 'Monsters' (Oh!K HD, CH 394) sedang ditayangkan sehingga 14 September setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 8.55 malam.

- Drama Wanted (One HD (Channel 393) sedang ditayangkan sehingga 12 Ogos setiap hari Khamis dan Jumaat pada jam 8.10 malam.


Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/sameday/korea
Powered by Blogger.