F 4 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung, Suami Tuduh Saya Nusyuz - Zila | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

4 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung, Suami Tuduh Saya Nusyuz - Zila

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Zila Seeron, 28, mengesahkan beliau tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Along Raja Lawak.

Memetik laporan BH online, Zila berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini beliau berdepan dengan proses mahkamah yang difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

"Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

"Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial, 5 tahun). Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak," katanya.

Tambahnya, masalah mula timbul daripada sikap Along atau nama penuhnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

Selain itu, kata Zila, walaupun hak penjagaan anak berpihak kepada Along, beliau tetap akan mendapatkan haknya sebagai ibu apabila kehidupannya lebih stabil.

"Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial sebulan dua kali.

"Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti," tegasnya.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2010.
Powered by Blogger.