F Zulin Tulis Lagu Untuk Ariz Forteen | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zulin Tulis Lagu Untuk Ariz Forteen


Kita semua tahu hubungan antara pelakon Zulin Aziz dengan anngota kumpulan Forteen, Ariz Lufias begitu akrab sehingga pernah juga dikatakan mereka menjadi renggang kerana peminat.

Menariknya, Zulin ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya baru-baru ini, dalam diam ada menulis lagu untuk Ariz sejak dua tahun lalu.

"Ya saya tulis lagu dan lirik untuk Ariz Forteen dan tajuknya Menjauh, dari segi arrangement pula Asfan akan hasilkan, tapi keluar tak tahu bila dan simpan dulu sementara proses seperti rakaman dan sebagainya kita jalankan dulu. Lagu dan lirik tersebut dah lama buat iaitu sejak dua tahun lepas lagi dan banyak lagi lagu-lagu lain.

"Lagu itupun dah bagi Asfan dengar dan dia suka sekali gus nak hasilkannya, jadi kita teruskanlah. Saya pun dah bagi dengar sendiri dekat Ariz dan dia pun suka dengan lagu itu. Lagipun saya selesa bekerja dengan Ariz, jadi dia sajalah yang nyanyi.

"Menjauh ini menceritakan tentang lelaki itu terpaksa menjauhkan diri dari perasaan cintanya yang rumit, tapi bila dia menjauh perasaan dia tak pernah hilang terhadap perempuan tersebut, kiranya dia menjauh namun sukar untuk melupakan perempuan itu," terang Zulin.

Berkongsi mengenai rutin Zulin di bulan Ramadan ini pula, Zulin memberitahu, aktiviti bulan puasa tahun ini akan dikurangkan sebab mahu meluangkan masa bersama keluarga.

"Bulan puasa ini saya perlahankan sedikit aktiviti sebab tahun lepas banyak terlibat dengan penggambaran, jadi saya tak larat. Oleh itu, saya minta pihak pengurusan untuk kurangkannya, tapi saya masih memenuhi undangan seperti berbuka puasa. Walau bagaimanapun, saya masih terlibat dengan sitkom kelab komedi dan beberapa sesi penggambaran untuk raya.

"Jadi Ramadan pada kali ini saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga, sebab tahun lepas tak sempat langsung berbuka puasa dengan mereka, tahun ini untuk mereka dan rakan-rakan serta kelab peminat saya," jelas Zulin mengakhiri perbualan.
Powered by Blogger.