F Zarul berpuasa 23 jam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zarul berpuasa 23 jam

Berkongsi mengenai cerita di bulan Ramadan ini, bagi penyanyi dan pramugara iaitu Zarul (Umbrella) memberitahu pengalaman sebagai pramugara selama 16 tahun ini, antara perkara yang tidak dapat dilupakan apabila pernah menjalani ibadah puasa dalam tempoh yang agak panjang daripada kebiasaannya.

“Pengalaman berpuasa semasa bertugas sebagai pramugara sebenarnya agak mencabar bagi saya, kerana pernah menjalani ibadah puasa selama 23 jam. Ini kerana waktu semasa di udara dan di darat adalah berbeza. Sebagai contoh, bila berlepas dari Malaysia waktu pagi, pada masa yang sama di London waktunya masih lagi malam. Jadi, bila sudah sampai di London masih lagi belum berbuka sehinggalah sampai di hotel baru berbuka, itupun saya sudah tak larat.

“Antara pengalaman lain yang menarik saya tak akan dapat lupakan, apabila saya dan 12 rakan setugas yang lain, berpuasa selama 14 hari dari negara Dubai ke negara Istanbul dan berakhir di pagi raya. Dalam tempoh itu juga kami masak sendiri untuk berbuka puasa dan bersahur bersama-sama,” terang Zarul ketika ditemui baru-baru ini.

Menyentuh mengenai karier nyanyiannya pula, Zarul ada menyatakan bahawa pada tahun ini dia akan bersara dari dunia awan birunya kerana mahu berikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni suara.

“Dalam waktu terdekat ini saya mungkin akan bersara dari kerjaya pramugara dan akan lebih fokus pada bidang nyanyian sama ada secara solo atau kembali semula dalam kumpulan saya, Umbrella. Itu perancangan awal, andai lambat kemungkinan di penghujung tahun ini, namun semua ini masih lagi dalam perancangan saya.

“Jika sudah tidak berkecimpung lagi sebagai pramugara , tidak bermakna saya tidak akan kembali lagi ke bidang itu, saya masih tetap akan bertugas sebagai pramugara sambilan untuk penerbangan khas umrah dan haji,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zarul atau namanya Zairulkefli Husin kini sibuk dalam rangka promosi single terbaru berjudul Jangan Pernah ciptaan vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza.
Powered by Blogger.