F Zamani Rindu Suasana Berpuasa di Rumah Pengasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zamani Rindu Suasana Berpuasa di Rumah Pengasih

Vokalis kumpulan Slam, Zamani mengakui ada ketikanya dia merindui merindui kemeriahan menyambut bulan Ramadhan ketika mendapatkan rawatan pemulihan dadah di Rumah Pengasih tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, Kerinduan itu bertambah apabila mengenangkan saat-saat penghuni pusat itu bersama-sama berbuka puasa, tarawikh dan melakukan pelbagai lagi aktiviti keagamaan.

“Sudah lama saya tidak merasai keindahan dan kemeriahan Ramadan dalam erti sebenarnya dan pengalaman menyambut bulan puasa di pusat pengasih banyak memberi saya kenangan manis. Malah ketika disana, kami banyak melakukan semua aktiviti yang diaturkan bersama-sama dan sekaligus tidak pernah meninggalkan solat berjemaah serta sola sunat terawih.

“Apabila saya sudah keluar dari sana, sambutan Ramadan tahun ini membuatkan saya terkenang suasana di Rumah Pengasih. Jujurnya saya belum sempat melakukan solat terawih di masjid tetapi akan cuba mencari peluang untuk berbuat demikian,” katanya.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana merasakan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan ini kerana pengalaman di Rumah Pengasih banyak mendisplinkan beliau.

Tambah Zamani, dia merancang untuk meluangkan masa bersama penghuni disana dalam sebuah majlis berbuka puasa dalam masa terdekat ini.
Powered by Blogger.