F Zainol Macwilson Nafi Dakwaan Sudah Bernikah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zainol Macwilson Nafi Dakwaan Sudah Bernikah

Khabar angin mengatakan pelakon, Zainol Macwilson, 57, telah kembali mendirikan rumah tangga pada 19 Jun lalu terjawab apabila aktor itu mengesahkan bahwa berita tersebut tidak benar.

Memetik laporan BH online, Zainol menyifatkan khabar tersebut sebagai mengarut sebaliknya bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson ini berkata, gambar yang tersebar diinternet yang menunjukkan kononnya majlis pernikahan beliau dengan seorang wanita sebenarnya itu adalah daripada babak dilakonkannya dalam drama Dia Semanis Honey edisi Raya yang akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti.

"Jangan percaya dengan gosip di internet. Gambar itu hanyalah babak nikah saya dengan seorang pelakon baharu untuk drama Dia Semanis Honey edisi Raya.

"Saya belum bernikah dengan mana-mana wanita lagi. Ada ke orang nak saya?" katanya.

Sejak pagi tadi, gambar Zainol dan seorang wanita tidak dikenali yang dilihat seperti baru saja menjalani majlis pernikahan, tersebar di laman maya.

Menurut laporan sebuah blog, Zainol dan wanita terbabit bernikah pada 19 Jun lalu di Kangar, Perlis. Pernikahan itu dikatakan berlangsung tanpa diketahui Zahirah Macwilson, atau keluarga Zainol atas permintaan anggota famili isteri baharu aktor terbabit.

Dalam pada itu Zainol berharap, tiada pihak cuba membesarkan isu terbabit kerana ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baiknya.

"Sudah-sudahlah dengan khabar angin itu. Setakat ini, keluarga pun faham ia sekadar gosip," ujarnya.

Sementara itu, menurut pengarah drama Dia Semanis Honey, Hadith Omar, berkata, Zainol tidak mempunyai sebarang babak kahwin dengan mana-mana pelakon untuk drama berkenaan.

"Untuk drama Dia Semanis Honey, Zainol menjayakan watak Doktor Farid yang sudah pun berkahwin. Jadi, tiada babak nikah untuk watak itu," katanya.

Terdahulu, Zainol pernah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang ustazah sehingga mengakibatkan perceraian dengan bekas isterinya, Maslinda Yusof, 42, pada 9 November lalu. Menerusi perkahwinan yang dibina selama 22 tahun itu, mereka mendapat empat cahaya mata termasuk Zahirah.
Powered by Blogger.