F Zainol MacWilson Menipu Demi Jaga Hati Keluarga Mertua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zainol MacWilson Menipu Demi Jaga Hati Keluarga Mertua

Pelakon Zainol MacWilson menjelaskan, tindakan beliau menipu mengenai perkahwinannya di Perlis pada Ahad lalu sebagai memenuhi permintaan keluarga perempuan.

Memetik laporan mStar online, Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari MacWilson, 57, berkata, pihak perempuan enggan pernikahan mereka diketahui umum dan perlu disembunyikan buat sementara waktu.

"Saya tidak niat untuk menipu tentang perkahwinan yang berlangsung pada Ahad lalu, namun itu adalah permintaan pihak perempuan yang tidak mahu diketahui umum.

"Kalau ikutkan saya lebih suka perkara yang baik itu tersebar, tapi dia minta saya rahsiakan sampai satu masa yang dia sudah bersedia. Namun malangnya gambar kami sudah tersebar lebih pantas," ujarnya.

Terdahulu Zainol dilaporkan menafikan perkahwinannya dengan seorang wanita di Perlis, Ahad lalu sebaliknya mendawak ia adalah gambar adegan sebuah drama.

Namun perkara itu disangkal oleh bekas suami wanita berkenaan yang bernama Rizal yang turut menuntut Zainol mengaku perkahwinan itu.

Dalam pada itu Zainol berkata, wanita berkenaan adalah seorang ibu tunggal beranak dua hasil perkahwinan terdahulu yang bertugas sebagai seorang guru.

Dedahnya, dia dan isterinya itu sudah lama berkenalan namun jarang dapat berjumpa. Bagaimanapun, dia menafikan wanita tersebut sebagai orang ketiga punca rumah tangganya musnah.

Dalam pada itu, Zainol berkata, dia turut merahsiakan majlis perkahwinan berkenaan daripada anaknya pelakon Zahira MacWilson.

"Saya hanya beritahu beberapa orang rakan terdekat sahaja, anak saya Zahirah pun tidak tahu tentang perkara ini hingga semalam selepas membaca berita yang keluar.

"Dia menghubungi saya dan meminta agar saya berterus terang sahaja kerana lambat laun ia akan diketahui umum," katanya.

Powered by Blogger.