F Zain Saidin rindukan Aaisyah & Che Ta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zain Saidin rindukan Aaisyah & Che Ta

Pelakon popular Zain Saidin, 32, memberitahu pada bulan Ramadan ini masih tetap gigih meluangkan masanya di gimnasium bagi menjaga susuk tubuh badannya, walau bagaimanapun, aktiviti itu dilakukan selepas melaksanakan solat sunat tarawih.

Sementara itu, Zain turut menyatakan bahawa dia merindui dengan isteri dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana kerana mereka kini berada di Perlis bagi menjalani penggambaran telefilem Kak Mar Raya. Dek kerana rindu, Zain merancang untuk melawat Rozita Che Wan (Che Ta) dan anaknya, di sana.
 
Untuk info, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2013 dan dikurniakan Aaisyah manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta mempunyai dua anak, Ammar Effendy, 20, dan Aniq Ezzra, 18.

Dalam perkembangan lain, Zain sedang mengeluarkan produk kasut jenamanya sendiri bernama ZapatoS yang bererti kasut dalam bahasa Sepanyol. Malah, pemilihan nama itu berkait rapat dengan huruf namanya Z dan S.
Powered by Blogger.