F Zaibo Tak Malu Ambil Alih Tugas Isteri, Jaga Lima Anak Tiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zaibo Tak Malu Ambil Alih Tugas Isteri, Jaga Lima Anak Tiri

Pelakon veteran Zaibo mendedahkan beliau kini mengalas tanggungjawab sebagai 'suri rumah' sejak lapan bulan lalu bagi memberi peluang kepada isterinya, Siti Hawa untuk berkhidmat sebagai sukarelawan dengan sebuah agensi kerajaan.

Memetik laporan mStar online, Zaibo atau nama sebenarnya,Zainal Ariffin Abd Hamid, 60, berkata, dia berkorban menjaga lima anak tiri yang masih bersekolah berikutan isterinya sering diminta untuk terlibat menyertai misi bantuan dalam dan luar negara.

"Sejak lapan bulan yang lalu saya menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak kerana saya beri peluang kepada isteri untuk melakukan perkara yang dia suka.

"Dia dipilih untuk menjadi sukarelawan sebuah kementerian bagi menyertai misi-misi tertentu.

"Pada awalnya dia berat hati juga untuk terima, namun saya galakkan dia pergi dan saya bersedia mengambil alih tugasnya menjaga anak-anak," katanya.

Zaibo kini menetap di Rengit, Batu Pahat, Johor selepas berkahwin dengan ibu tunggal beranak sembilan iaitu Siti Hawa Shawal, 51, pada 3 Disember 2010.

Sementara itu, Zaibo berkata, dia tidak berasa malu digelar suri rumah, malah menghargai setiap detik membesarkan lima orang anaknya itu.

Powered by Blogger.