F Zahim Albakri Teruja Sarung Uniform Pegawai Polis Berpangkat ACP | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik

Berita Terkini
recent

Zahim Albakri Teruja Sarung Uniform Pegawai Polis Berpangkat ACP

Jika selama ini beliau sering diberikan peranan melakonkan watak jahat, menerusi filem terbaharunya lakonannya berjudul Temuan Takdir, pelakon terkenal Datuk Zahim Albakri dipertanggungjawabkan menghidupkan watak sebagai pegawai polis berpangkat ACP.

Menurut Zahim, 53, dia teruja kerana berbeza dengan watak-watak lakonannya sebelum ini, dalam filem sulung arahan pengarah baharu, Dhyan Vimal, itu, dia tampil dengan imej seorang anggota polis.

"saya suka watak ini sebab saya suka pakai uniform. Apabila berlakon, saya selalu dapat watak jahat. Tapi kali ini dapat watak polis. Mungkin saya tak nak keluar dari watak ini, mengekalkan sahaja... maintain (bergurau)," katanya yang melakonkan watak sebagai ACP Tuan Roslan.

Tambah beliau, memandangkan filem tersebut jenis thriller-jenayah serta memaparkan aspek nilai kemanusiaan, sepanjang melakonkan watak sebagai seorang polis membuatkan dia memahami bahawa peranan seorang anggota polis bukan sekadar memikul tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat malah sama seperti orang biasa, mereka juga
mereka juga mempunyai keluarga dan kehidupan tersendiri.

Dalam filem terbitan Zazen Design & Production itu Zahim digandingkan dengan aktres terkenal, Vanida Imran yang melakonkan watak sebagai isterinya.

"Adegan saya dengan Vanidah sebagai isteri saya hanya dua adegan sahaja bersama tetapi kami berjaya membawa sesuatu lebih mendalam dan bermakna daripada kebiasaan.

Dijangka bakal menemui penonton pada 11 Ogos depan, Temuan Takdir turut menampilkan gandingan pelakon Ery Zukhairi yang memainkan watak utama sebagai Inspektor Shariff. Juga penampilan julung kalinya dalam arena perfileman Melayu iaitu personaliti TV terkenal, Azura Zainal yang melakonkan watak sebagai Ros.

Sementara barisan pelakon ain seperti Tanuja Ananthan, Amai Kamarudin, Malieq Abdullah, Kiranjit Kaur dan ramai lagi.

Temuan Takdir berkisar tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ACP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu ‘Mastermind’ di sebalik rompakan sebuah van sekuriti.

Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan kumpulan ‘geng’ yang terdiri daripada 3 orang iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.

Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya.

Filem ini ingin mengutarakan persoalan tanggungjawab, kasih sayang dan ikatan kekeluargaan dan bukan sahaja sekadar sebuah filem romantik atau filem aksi semata-mata. Bahkan memberi penonton pengertian yang lebih mendalam terhadap kehidupan anggota polis dan pengorbanan mereka di sebalik seragam ‘besi’ mereka.

Antara tarikan lain, penggambaran filem ini dilakukan di pelbagai lokasi yang menarik dan menakjubkan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Adegan mendebarkan kejar-mengejar pihak polis dirakamkan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Menara Berkembar KLCC, manakala sebahagian lagi dirakamkan di kawasan tersembunyi yang jarang diketahui umum di Kuala Lumpur seperti laluan motosikal Pekeliling di bawah Bulatan Pahang.

Selain daripada itu, bangunan terbaharu Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Masjid Wilayah, hospital berlatar belakang canggih dan terkini, serta rumah yang terbiar di Sentul merupakan sebahagian lokasi yang unik bagi set penggambaran.
InstaForex

InstaForex

Powered by Blogger.