F YBIM anjur program berbuka puasa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

YBIM anjur program berbuka puasa

DENGAN hasrat ingin membantu golongan kurang berkemampuan, Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Amal bersama Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal dan Golongan OKU.

YBIM turut bekerjasama bersama Eksklusif Pro Sdn Bhd dan juga Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur ini mengundang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih Puchong serta meraikan Adik Muhamad Amirul Aizat Mohd Shazwan (OKU) serta seorang ibu tunggal warga emas, Halimah Hamid bagi meraikan majlis berbuka puasa ini.

Presiden YBIM, Firdaus Hilmi Hashim berkata, tahun ini YBIM turut mendapat kerjasama daripada Pusat Pakaian Hari Hari selaku penaja bersama yang memberikan sumbangan berupa baucar pakaian kepada tetamu yang diraikan.

Sumbangan tersebut disampaikan Pengurus Perhubungan Awam Pusat Pakaian Hari Hari, Amilludin Latip.

Tidak hanya menjadi lokasi rasmi majlis, Hotel Quality turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan OKU yang yang diraikan.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran artis dan selebriti antaranya Nizam Laksamana, Sharifah Zarina, Haziq, Nadia, Sahri, Azri, Salma Mentor, Thalia Mentor, Dior, Nas Kilauan Emas dan lain-lain.

YBIM juga melantik pasangan Selebriti Khai & Rosma selaku Ikon YBIM pada tahun 2016. Pasangan ini akan membuat persembahan sepanjang Ramadan di Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur bermula 8 Jun hingga 1 Julai 2016.

Dengan tema 'Majlis Berbuka Sambil Berhibur, Berhibur Sambil Beramal', akan diadakan juga dana kutipan kutipan kilat dari pengunjung yang hadir berbuka puasa di Quality Hotel.

Ia bertujuan membantu dan meringankan beban khas untuk Adik Muhammad Muez Fahyeem yang mengidap penyakit Biliary Atresia. Bapanya berhasrat ingin menjalankan pembedahan anaknya itu di India selepas Syawal.

Kos perubatan yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM250,000 termasuk rawatan susulan.
Powered by Blogger.