F Yatt Hamzah rindu nak masak untuk ayah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yatt Hamzah rindu nak masak untuk ayah

Setiap selebriti pastinya mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan setiap kali tibanya bulan puasa. Bagi empunya nama Haryati Hamzah, 36, mengakui Ramadan pada tahun ini terasa agak janggal tanpa seorang ayah.

"Rutin dalam bulan puasa ini saya seperti biasa banyak sibukkan diri di masjid dengan beribadah. Saya cuba untuk mempertingkatkan amal ibadah dan saya mahu mengejar kebaikan Ramadan kerana ianya penghulu segala bulan. Selain itu sibuk menguruskan bisnes Succi by Yatt Hamzah.

"Sejujurnya Ramadan tanpa ayah, lain sangat sebab saya sangat rapat dengan ayah, jadi memang saya selalu merindunya, setiap kali waktu nak berbuka puasa saya akan masakkan ayam panggang untuk ayah. Saya akan ingat sampai bila-bila," ujar Yatt dengan nada sebak.

Berkongsi mengenai rumah tangganya pula, Yatt yang kini sedang hamil empat bulan hasil perkongsian hidup dengan suami Mohammad Zulfadhli, Yatt mengakui dia sedikit agak lasak sehingga pernah alami pendarahan.

"Alahan taklah teruk cuma sikit dan apabila waktu pagi saya pening-pening. Tambah pula kalau fasal pemakanan saya jadi sensitif. Antaranya makanan hanyir dan berminyak serta makanan laut, mungkin mereka tak cuci bersih sangat jadi saya sensitif.

"Jadi, saya ambil keputusan untuk masak sendiri di rumah. Setiap hari saya akan curi masa dua jam balik awal ke rumah untuk masakan suami dan anak.  Sebelum ini pernah juga keracunan makanan, jadi bulan puasa ini tak mahulah terganggu sampai masuk wad.  Saya ambil keputusan masak sahaja kat rumah walaupun penat, tapi pengorbanan," jelas Yatt.

Bertindak sebagai salah seorang ahli jawatankuasa bagi penganjuran Himpunan Artis Sayang Alquran 1.0 (HASA), Yatt mengajak ramai penggiat seni tanah air untuk turut serta bagi mengimarahkan program itu.

"HASA diadakan untuk mengimarahkan lagi bulan puasa dengan program seperti ini. Tujuannya untuk mengajak ramai selebriti kita sayangkan Alquran, buka dan baca serta selalu dekat dengan Alquran. Sebagai artis sibuk macam mana pun kena luangkan masa sedikit. Contohnya, artis Indonesia, Irwansyah, sangat rapat dengan AlQuran malah dalam akaun Instagramnya sering berkongsi dengan bacaannya.

"Harapnya program ini dapat diadakan setiap tahun, walaupun kita sibuk biarlah AlQuran tetap dihati dan selalu pegang," terang Yatt mengakhiri perbualan.
Powered by Blogger.