F Yana Tenang Terima Komen Tudungnya Tidak Bermutu, Susah Dipakai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yana Tenang Terima Komen Tudungnya Tidak Bermutu, Susah Dipakai

Baru-baru ini terdapat individu yang meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati di laman sosial dengan tudung jenama milik pelakon Yana Samsudin iaitu Ayana. Timbul juga rungutan terhadap tudung jenama tersebut dikatakan tidak bermutu dan sukar untuk dipakai.

Mengulas perkara tersebut, pelakon Yana Samsudin berkata, dia tidak cepat melenting dan menerima setiap teguran dengan positif.

"Ada individu yang tulis komen negatif tentang tudung saya di laman sosial Facebook saya. Saya jawab dengan berhemah dan tidak melenting biarpun kata-katanya agak kesat.

"Saya tahu jika benar dia ingin komen tentang tudung saya tentu dia guna akaun profil yang sebenar. Ini tidak, dia sengaja buat akaun palsu," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Dalam pada itu Yana turut mendedahkan bahwa dia mula menyedari terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menciplak tudung jenamanya Ayana bagi meraih keuntungan dengan jalan mudah.

Bagaimanapun perkara itu masih dalam pemantauan pihaknya dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara negatif itu semakin berterusan.

"Saya sudah mengesan terdapat tudung jenama saya yang diciplak dan dijual kepada orang ramai. Walaupun masih belum berleluasa, namun saya bimbang perkara tersebut memberi kesan kepada peniagaan saya.

"Setakat ini kami masih memantau dahulu, jika ia berterusan dan berleluasa, saya akan ambil tindakan undang-undang," ujarnya.
Powered by Blogger.