F Wilma dapat restu keluarga kembali berlakon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wilma dapat restu keluarga kembali berlakon

Pelakon, Wilma Muhammad yang pernah popular satu ketika dahulu, memberitahu keputusannya untuk kembali aktif berlakon adalah kerana terlalu rindu pada dunia lakonan tambahan pula, anak-anaknya kini sudah dewasa.

“Dulu saya fokus pada anak-anak.  Tapi sekarang, masing-masing dah besar jadi tak ada masalah untuk saya kembali berlakon.  Rindu nak jumpa kawan-kawan,” ujarnya.

Menariknya juga, Wilma juga sudah pun mendapat keizinan daripada suami dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, Wilma juga sudah berjaya menyiapkan dua buah telefilem yang yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Antaranya drama Pondok Itu Rumahku arahan Shuhaimi Lua dan Hey Misi arahan Nizam Zakaria.

Untuk rekod, selepas kematian suaminya, Mahir Effendi pada 2011, Wilma kembali berumah tangga buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada 16 Jun 2012. Hasil perkahwinan terdahulu, Wilma dikurniakan lima cahaya mata.
Powered by Blogger.