F Will Smith Dijangka Jadi Pengiring Keranda Muhammad Ali | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Will Smith Dijangka Jadi Pengiring Keranda Muhammad Ali

Selain bekas juara tinju heavyweight British, Lennox Lewis, pelakon popular Hollywood, Will Smith, adalah antara yang menjadi pengiring keranda Muhammad Ali, sempena majlis penghormatan dan pengebumian legenda tinju itu Jumaat ini.

Smith sebelum ini pernah membawa watak Muhammad Ali di layar perak, melalui filem drama biografik sukan 'Ali', yang diterbit dan diarahkan oleh Michaell Mann.

Filem itu memberi tumpuan dalam hayat masa 10 tahun kehidupan Muhammad Ali, dari tahun 1964 hingga 1974, termasuk kejayaannya meraih gelaran juara heavyweight setelah menewaskan Sonny Liston, detik dia memeluk agama Islam, dan penghujung kerjaya sebagai petinju.

Selain itu, beberapa pemimpin dunia bakal hadir upacara di Louisville, Kentucky, iaitu tempat Muhammad Ali dilahirkan pada tahun 1942. Antaranya ialah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Raja Abdullah dari Jordan.

Bekas Presiden AS, Bill Clinton dan aktor Billy Crystal juga akan menyampaikan ucapan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak dapat menghadiri majlis penghormatan dan pengebumian itu pada Jumaat ini kerana tarikh itu bertindih dengan hari graduasi sekolah anak perempuannya.

BBC melaporkan, White House memberitahu bahawa Obama dan isterinya akan menghadiri majlis graduasi anak mereka, Malia, di Washington, DC.

Muhammad Ali menghembuskan nafas terakhirnya Jumaat lalu pada usia 74 tahun di sebuah hospital di Phoenix, Arizona.

BACA: Legenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia

Keluarga Obama difahamkan akan mengutus surat kepada keluarga Muhammad Ali melalui penasihat kanan White House, Valerie Jarrett, yang mengenali petinju itu.

Sementara itu jurucakap keluarga Muhammad Ali, Bob Gunnell, berkata Obama dan balu Muhammad Ali, Lonnie, telah menghubungi mereka melalui telefon.

Selepas kematian Muhammad Ali, Obama memberitahu beliau menyimpan sepasang sarung tinju di bilik membacanya di bawah gambar pertarungan Ali dan Sonny Liston pada 1964.
Powered by Blogger.