F W.A.R.I.S Bakal Timang Anak Perempuan Oktober Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

W.A.R.I.S Bakal Timang Anak Perempuan Oktober Ini

Penyanyi rap yang cukup popular dengan lagu Rembau Most Wanted, W.A.R.I.S, teruja apabila isterinya Izzati Amirah Kamaruddin bakal melahirkan anak perempuan, Oktober nanti.

Memetik laporan Harian Metro, W.A,R.I.S memberitahu usia kandungan isterinya kini mencecah lima bulan dan dijangka bersalin pada 3 Oktober nanti.

“Saya bersyukur atas kurniaan rezeki ini. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat.

“Tidak dinafikan, kami dan keluarga kedua-dua belah pihak sangat teruja memandangkan ini cucu sulung

“Saya memang tidak sabar bergelar bapa. Sekarang, saya sedang belajar mengenai tanggunggjawab yang perlu dipikul apabila bergelar bapa nanti.

“Setakat ini saya baru terfikir huruf M untuk nama anak memandangkan nama saya bermula dengan huruf itu. Selebihnya masih dalam perbincangan bersama isteri. Dari segi kelengkapan barang anak, saya belum membelinya kerana keluarga dan rakan banyak yang hadiahkan,”katanya.

W.A.R.I.S atau nama sebenarnya Muzammil Alias mendirikan rumah tangga dengan Izzati pada Ogos tahun lalu.
Powered by Blogger.