F Wanita dilempang, disumbat dalam but kereta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wanita dilempang, disumbat dalam but kereta

Rakaman perlakuan seorang lelaki memukul serta menyumbat seorang wanita ke dalam but kereta viral di laman sosial China.

Walaupun disaksikan oleh beberapa indvidu dan perakam, namun tiada siapa yang cuba menghalang perilaku lelaki itu malah membiarkan wanita itu disumbat ke dalam but kereta oleh lelaki berkenaan.

Menurut The Beijing Times, lelaki itu dipercayai berang dengan wanita yang dikatakan telah menipunya.

Insiden berlaku di sebuah stesen minyak. Walaupun perakam menjerit kepada lelaki supaya tidak memukul wanita itu namun tiada siapa yang cuba menghalang lelaki itu memandu pergi selepas dia memukul serta menyumbat wanita itu di dalam but keretanya.

Sementara itu, Naib Pengarah Biro Keselamatan Awam wilayah Hebei berkata, polis telah mengambil tindakan segera dan menemui wanita itu di Cangzhou.

Wanita itu mendakwa, lelaki itu adalah suaminya dan dia tidak mengalami luka fizikal serta enggan melaporkan perbuatan lelaki itu kepada pihak berkuasa dan mahu memperbaiki hubungan mereka.

Bagaimapaun, netizen mengutuk perlakuan lelaki itu yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kaum wanita di China.

"Insiden menunjukkan wanita tidak dihormati di China. Lelaki itu memukulnya dengan kuat. Walaupun itu adalah isterinya namun dia tidak mempunyai hak untuk melayan isteri dengan cara itu," ujar netizen.

Dalam pada itu, netizen turut mengkritik perakam video berkenaan yang dilihat lebih berminat untuk merakamkan aksi berbanding cuba menyelamatkan wanita itu.

"Bagaimana meraka tergamak merakam video ini dan tidak membantu mangsa mahupun menelefon pihak polis," kata netizen.
Powered by Blogger.