F Wajah Mirip Song Joong Ki, Pramugara China Ini Jadi Viral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wajah Mirip Song Joong Ki, Pramugara China Ini Jadi Viral

Aktor terkenal Korea, Song Joong Ki, saat ini sedang menjadi fenomena dan kegilaan ramai terutama sejak lakonannya menerusi drama popular Decendents of The Sun.

Justeru apapun yang berkaitan dengan diri pelakon itu pantas menjadi perhatian dan bualan hangat ramai. Terbaharu, kecoh apabila seorang pramugara dari China disebut-sebut gara-gara wajahnya dikatakan mirip Joong Ki.


Pemuda tersebut dikenali sebagai Feng Ming, baru berusia 24 tahun dan dia bertugas dengan penerbangan Southern Airlines. Sejak identiti dan gambar Feng Ming tersebar di internet, akaun sosial Weibo miliknya juga mencatat peningkatan jumlah pengikut secara mendadak.

Bukan hanya tentang mirip wajah, Feng Ming juga dikatakan mempunyai ketinggian yang sama dengan Joong Ki iaitu 178 sentimeter. Bagaiamanapun, usia Joong Ki adalah tujuh tahun lebih tua daripada 'kembarnya' itu.
Powered by Blogger.