F Vokalis Kumpulan Rock Dipilih Alunkan Azan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Vokalis Kumpulan Rock Dipilih Alunkan Azan

Vokalis band popular 90-an, Khalifah , Yabang, akan mengalunkan azan bagi menandakan masuknya waktu Maghrib sepanjang bulan Ramadan di saluran 501, Astro Awani.

Memetik laporan Awani, pemilihan Yabang atau nama sebenarnya Awang Sulong Hj. Oyong itu adalah berikutan banyak pihak yang memperkatakan tentang kelunakan dan kemampuan penyanyi itu berqasidah.

Saat dipelawa merealisasikan perkara itu, vokalis yang popular dengan lagu Hang Pi Mana? itu awal-awal lagi sudah menyatakan kesudiannya.

Sebelum ini, ada pemilik akaun YouTube yang memuat naik video laungan azan di sebuah masjid yang mendakwa dialunkan oleh Yabang.

Ia nyata terbukti apabila Yabang mudah membaitkan setiap kalimah azan dengan penuh penghayatan, ketika sesi penggambaran rakaman azan itu di studio Awani.

Tidak kekok berkongsikan pengalaman, Yabang memberitahu, dia sudah mula memikul tanggungjawab menjadi bilal sejak berusia 9 tahun lagi, di Masjid Kampung Pengaraban, Kudat, Sabah.

Selain itu, anak kepada Imam Haji Oyong Haji Ulang menanggap bakat dan kemampuannya itu sebagai satu anugerah.
Powered by Blogger.