F Video Kediaman MJ Digeledah, Polis Temui Bahan Pornografi Tersebar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Video Kediaman MJ Digeledah, Polis Temui Bahan Pornografi Tersebar

Baru-baru ini kecoh ekoran tersebarnya sebuah video yang dirakam sekitar tahun 2003 yang menunjukkan sepasukan anggota polis yang mengeledah kediaman mendiang Raja Pop, Michael Jackson (MJ) dan menemui sejumlah barang dan koleksi berkaitan pornografi kanak-kanak.

Berdasarkan rakaman video tersebut, merakamkan pihak polis mengeledah ke hampir ke seluruh kediaman pelantun hits Thriller itu yang terletak di Neverland

Penggeledahan tersebut juga menunjukkan untuk pertama kalinya sebuah ruangan tersembunyi di bilik tidur penghibur itu yang dikunci.

Polis juga berjaya menemui sejumlah anak patung dan foto-foto remaja lelaki tanpa berbaju di bilik tidur beliau.

Memetik laporan Dailymail barang-barang tersebut dipercayai digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak sebelum sebelum figura yang mendapat jolokan King of Pop itu melakukan gangguan seksual terhadap mereka.

Kes gangguan seksual yang mengaitkan nama MJ pernah hangat diperkatakan beberapa tahun lalu. Malah di tahun itu juga, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Gavin Arvizo mendakwa dirinya sudah berkali-kali menjadi mangsa MJ.

Selain itu seorang lagi remaja dikenali sebagai Jordan Chandler juga membuat pengakuan mengalami perkara yang sama. Hingga akhirnya MJ membuat perjanjian dengan keluarga Chandler dengan membayar sebanyak US22 juta dan MJ didakwa meminta keluarga tersebut agar tidak membawa kes berkenaan ke muka pengadilan.

Laporan media menyebut, ekorang kontroversi tersebut MJ kemudiannya mengambil keputusan berpindah ke Bahrain. Pada tahun 2009 beliau kembali semula ke Amerika Syarikat bagi melaksanakan konsert jelajahnya. Namun beliau ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Holbmy Hills.

Sementara itu, anak peremuan MJ iaitu Paris meminta masyarakat dan peminat agar tidak mempercayai berita negatif yang tersebar mengaitkan mediang bapanya itu .

"Sayangnya, hal-hal negatif akan lebih dibeli oleh orang. Saya minta anda semua untuk tak mempedulikan sampah-sampah dan parasit yang pekerjaannya cuba untuk menghancurkan ayahku

"Orang yang paling baik akan selalu menjadi mangsa. Saya akan terus membuktikan bahwa ayah yang saya cintai selamanya tak bersalah,"tulis Paris menerusi akaun Twiiternya.

Manakala wakil jurucakap MJ menyifatkan penghibur berkenaan sebagai mangsa dan pada ketika itu beliau tidak mampu melawan semua tuduhan yang dilemparkan terhadap diri beliau.

"Tujuh tahun lalu, di hari Sabtu seperti sekarang, dunia kehilangan seorang artis dan manusia yang luar biasa, yang bersumpah untuk membantu anak-anak di seluruh dunia.

"Para peminat Michael Jackson, termasuk pewaris-pewarisnya, memilih untuk mengenang hadiah luar biasa yang ditinggalkan oleh Michael daripada kembali melihat namanya dipermalukan oleh tabloid," ujarnya kepada pihak media.
Powered by Blogger.