F Ustazah Ajar Stacy, Bella Mengaji Al-Quran Sepanjang Ramadan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ustazah Ajar Stacy, Bella Mengaji Al-Quran Sepanjang Ramadan

Mengambil keberkatan bulan Ramadan, penyanyi Stacy Anam yang kini masih lagi dalam proses mendalami Islam telah mengambil iniasiatif belajar mengaji dengan bantuan seorang ustazah.

Memetik laporan sebuah blog hiburan, Stacy berkata, selama ini suaminya Akim yang mengajarnya mengaji. Namun dia sendiri yang mengupah seorang ustazah untuk mengajarnya di rumah.

"Selama ini, Akim banyak mengajar saya di rumah. Dia okey cuma apa saya lakukan ini adalah atas inisiatif sendiri.

"Dalam seminggu, tiga atau empat kali ustazah datang ke rumah. Pada masa sama, anak saya Bella juga boleh belajar mengaji. Justeru, sepanjang Ramadan ini saya mengambil keputusan mengurangkan aktiviti seni”

“Kalau ada pun sekadar memenuhi jemputan majlis berbuka puasa. Bukan apa, selaku saudara baru perlu lebih banyak belajar mengenai Islam. Walaupun tidak terus pandai, sekurang-kurangnya saya belajar sedikit demi sedikit. Dalam perkara ini, Bella juga teruja untuk turut serta,” katanya.

Dalam pada itu, Stacy akui bahawa percubaan beliau berpuasa sebelum ini sedikit sebanyak membantu mengajar erti sebenar bulan Ramadhan. Malah beliau turut sempat berterima kasih kepada suami, Akim Ahmad yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu beliau mendalami agama Islam dengan cara sebetulnya.
Powered by Blogger.