F Upah 2 Jururawat Bertauliah Jaga Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Upah 2 Jururawat Bertauliah Jaga Anak

Pelakon Elly Mazlein, 36, membeitahu dia ada menggunakan khidmat dua orang jururawat untuk membantunya menjaga anaknya, Putri Zara Sefhia yang kini berusia tiga bulan.

Memetik laporan Kosmo!, Elly berkata, kedua-dua jururawat itu merupakan jururawat terlatih daripada hospital dan bukannya orang sembarangan.

Tambah Elly, jururawat tersebut dipertanggungjawabkan menjaga, memandikan serta memberi makan dan susu setiap masa sekiranya Elly mempunyai urusan kerja di luar.

"Memandangkan dia masih kecil dan memerlukan perhatian yang menyeluruh, jadi saya ambil keputusan untuk mengambil orang yang bertauliah untuk menjaganya. Tindakan itu tidak bermaksud apa-apa melainkan saya hanya ingin memberikan yang terbaik buat anak.

"Walaupun mempunyai dua orang penjaga, ia tidak bermakna saya boleh melepaskan tanggungjawab sewenang-wenangnya. Saya tetap menjaga zuriat seperti biasa. Memandikan serta memberi makan dan susu setiap masa.

"Tidak mungkin saya akan melepaskan semua kerja kepada mereka sebab rugi rasanya jika saya terlepas momen indah melihat anak membesar. Itu adalah pengalaman bernilai buat semua wanita yang bergelar ibu.

"Khidmat mereka hanya saya gunakan jika saya mempunyai urusan kerja di luar. Kadangkala ada juga saya bawa mereka ke tempat kerja," jelasnya.

Dalam pada itu Elly juga ada memfailkan tuntutan penjagaan anaknya itu sejak sebulan lalu. Tindakan tersebut dibuat bagi mengelakkan timbulnya sebarang isu kelak dengan bekas suaminya.

Elly sah bercerai dengan bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta pada 15 Oktober tahun lalu.
Powered by Blogger.