F Ungku Ismail Belum Sedia Perkenalkan Kekasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ungku Ismail Belum Sedia Perkenalkan Kekasih

Mengakui kini sedang menjalinkan hubungan cinta namun Ungku Ismail, 31, enggan mendedahkan siapakah wanita yang berjaya menambat hatinya itu.

Memetik laporan Utusan online, pelakon drama Teman Lelaki Upahan ini menjelaskan, buat masa ini dia memilih untuk merahsiakan identiti kekasihnya sehinggalah perhubungann itu akan diakhirinya ke jinjang pelamin.

"Ya, benar. Saya sedang bercinta dengan seseorang. Siapa, biarlah rahsia. Biarlah peribadi kekal peribadi. Tak mahu menggembar-gemburkan sesuatu yang belum pasti.

"Bukan berahsia atau apa. Cuma saya takut sekiranya orang akan salah tafsir. Kadang-kadang peminat kita lain macam. Daripada perkara positif boleh jadi negatif, jadi lebih baik saya simpan dahulu.

"Nanti bila semuanya sudah sedia, saya akan umumkan," katanya mengulas mengenai desas-desus mengatakan dia sedang bercinta dengan seorang pelakon wanita.

Mengenai perkembangan kerjaya, drama lakonannya berjudul Bibik-Bibikku ditayangkan pada Ramadan ini. Selain sebuah telemovie yang bakal disiarkan pada Aidilfitri nanti.
Powered by Blogger.