F Tukar telefon lama untuk iPhone 6s | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tukar telefon lama untuk iPhone 6s

PENERAJU penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Bhd (Maxis), menganjurkan program trade in dan trade up bagi memiliki iPhone 6s baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Maxis berkata, sesiapa sahaja layak memiliki telefon iPhone 6s pada harga serendah RM840 atau RM35 sebulan tanpa bayaran pendahuluan dengan Maxis Zerolution.

Ketua Runcit Maxis, Tan Cheong Tatt berkata, pihaknya mahu memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menukar telefon.

"Pengguna hanya perlu membawa sebarang telefon lama ke mana-mana 268 kedai Maxis di seluruh negara tanpa perlu membawa kotak, pengecas atau aksesori lain," katanya.

Selain daripada pengalaman tukar beli yang lebih mudah untuk pelanggan, Maxis juga menjanjikan nilai tukar beli yang lebih tinggi sehingga RM1,560.

Maxis juga akan memberikan sekurang-kurangnya RM240 untuk telefon yang paling lama termasuk model bagi 1990-an selagi telefon berfungsi.
Powered by Blogger.