F Tindakan Mahathir tepat tetapi... | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tindakan Mahathir tepat tetapi...

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai tepat dalam usaha mempengaruhi pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kerana menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sebagai negara yang demokrasi, Mahathir berhak melakukan apa sahaja.

"Pada pandangan saya sendiri, ini waktu pilihan raya, sekiranya dia (Mahathir) cuba mendatangkan kurang kepercayaan rakyat kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak, maka apa yang dibuat itu betullah.

"Kita negara demokrasi. Kita tidak perlu nak hilangkan fokus dengan apa yang dia kata. Kita semua tahu apa yang dia katakan semuanya tidak betul," katanya pada sidang media selepas Program Interaktif Seni Kraftangan dan Kempen Kesedaran Umrah/Zairah 2016 di Dewan Taman Bukit Kerajaan, hari ini.

Bagaimanapun katanya, apa yang dilakukan oleh perdana menteri keempat itu tidak mendatangkan kesan yang besar terutamanya buat pengundi di kedua-dua kawasan.

"Alah bisa tegal biasa. Benda ini bukan benda baru. Jadi benda ini dah lama. Lebih daripada 1 tahun. Jadi kita pun dah lali.

"Saya pun fikir rakyat pun dah biasa. Saya rasa dia nak meneruskan apa yang dilakukan itu adalah perkara biasa," katanya.
Powered by Blogger.