F Tidak Sindir Sesiapa, Sekadar Teringat Kontroversi Dulu - Faye Kusairi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tidak Sindir Sesiapa, Sekadar Teringat Kontroversi Dulu - Faye Kusairi

Pelakon yang popular menerusi drama Istiharah Cinta, Faye Kusairi, 29, menjelaskan dia tidak beniat menyindir mana-mana pihak sebaliknya status yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya baru-baru ini kerana dia teringat kembali saat yang dilaluinya ekoran kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Menurut pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi ini, dia secara tiba-tiba terkenang saat pahit tersebut sekaligus berharap isu itu tidak lagi terus diperbesar-besarkan.

"Status itu sebenarnya saya teringat akan perasaan saya apabila tercetusnya kontroversi lalu. Saya ingat lagi, isu itu betul-betul buat saya terkejut.

"Saya ni dulu seorang blogger, suka menulis. Jadi dah biasa kadang-kadang tu tiba-tiba rasa nak menulis berkongsi mengenai perasaan saya. Bukan niat saya tujukan pada mana-mana pihak. Ia sebenarnya sekadar peringatan pada diri saya sendiri.

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak suka jika orang bercakap perkara yang tidak betul mengenai diri kita. Kalau saya dah cakap saya tak buat, jangan lah cakap saya buat. Sesiapa pun kalau berada di tempat saya tentu marah," katanya ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Koleksi Benang Hijau, bertempat di Ampang, pada Rabu.

Faye berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog hiburan menyebut bahawa status yang dimuat naiknya itu seolah-seoalah menyindir pelakon dan penyanyi Elly Mazlein.

Terdahulu, tercetus kontroversi, Faye didakwa menjadi orang ketiga hingga menyebabkan rumah tangga Elly dan bekas suaminya, Azmi Hatta hancur. Dalam masa yang sama, nama Faye tambah panas apabila terkait pula dengan tuduhan berkhalawat dan rumahnya telah diserbu oleh pihak JAIS.

Bagaimana Faye menyangkal tuduhan tersebut sekaligus menyifatkan ianya adalah aduan palsu dan ada dalang disebalik tuduhan tersebut. Dia turut meluahkan kekesalannya atas sikap Jais yang seakan-akan lepas tangan selepas membuat serbuan mengejut itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan kes tersebut, Faye berkata dia baru dimaklumkan bahwa pihak JAIS sedang membuat siasatan dalaman dan keputusan akan diketahui dalam tempoh beberapa bulan lagi.

"Saya dimaklumkan panel masih lagi dalam siasatan. Saya juga dapat tahu daripada sebuah media bahwa, ini bukan kali pertama pihak JAIS tersalah serbu rumah orang, rupanya ada beberapa kes yang lebih kurang seperti kes saya.

"Pegawai yang serbu rumah saya tu bukan calang-calang kerana saya dapat tahu dia adalah individu yang dihormati. Tetapi sayangnya dia telah menyalahgunakan kuasa. Jadi saya tetap akan ambil tindakan undang-undang namun saya masih menantikan keputusan siasatan

"Saya buat semua ini kerana mereka menyerbu rumah mak ayah saya dan ia sikit sebanyak melibatkan maaruah keluarga saya. Jadi saya harus pejuangkan hak saya dan tidak mahu pada masa akan datang ramai lagi yang mungkin akan mengalami nasib seperti saya," tegasnya.

Mengenai aktivitinya di bulan Ramadan, Faye berkata menjadi rutin tahunannya, dia mengambil tempahan membuat kek. Katanya, sejak dari zaman sekolah dia sudah mula berjinak-jinak berniaga kek.

"Sebenarnya memang sejak dari sekolah saya dah mula membuat dan menjual cheese cake terutama di bulan puasa, kira itu pendapatan tambahan saya menjelang hari raya.

"Pernah saya dapat keuntungan mencecah RM4000, itu yang buat saya seronok bak berniaga. Selalunya sehari saya mampu buat dalam 8 biji kek," katanya.

Dalam perkembangan lain, Faye kini sibuk menjalani penggambaran drama Rintihan Eknis yang akan ditayangkan di saluran TV3. Selain itu dia bakal menjalani penggambaran filem Tombiruo sekitar Ogos depan.
Powered by Blogger.