F Terkilan lauk berbuka puasa berulat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terkilan lauk berbuka puasa berulat

PERKONGSIAN seorang lelaki mengenai lauk ikan yang dibelinya untuk juadah berbuka puasa viral di laman sosial Facebook, semalam.

Berdasarkan video yang dimuatnaik pelayar tersebut, terdapat beberapa ulat yang jelas kelihatan masih bergerak pada ikan yang dibelinya.

"Saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ni," kata pelayar tersebut.

Selain video, beberapa foto juga dimuat naik untuk membuktikan dakwaannya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir beratus-ratus pelayar yang kebanyakannya menyuruh insan lain supaya berhati-hati ketika membeli lauk di bazaar.
Powered by Blogger.