F Terjatuh di Pentas, Selena Gomez Gelakkan Diri Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terjatuh di Pentas, Selena Gomez Gelakkan Diri Sendiri

Belum pun reda mengenai insiden Justin Bieber terjatuh ketika membuat persembahan di konsertnya di Kanada pada minggu lalu, perhatian peminat kini teralih pula pada bekas kekasihnya, Selena Gomez, yang mengalami nasib malang yang sama, baru-baru ini.

Pada 20 Jun lalu, bintang berusia 23 tahun itu membuat persembahan menerusi konsert jelajah The Revival, di Tulsa, Oklahama.

Menerusi video yang sempat dirakam menunjukkan Selena menari bersama penari iringannya dan kemudian melangkah menuruni anak tangga untuk ke bahagian yang lebih dekat dengan peminat. Tiba-tiba, entah bagaimana dia tersilap langkah lalu terjatuh. Lantas kedengaran penonton bersorak terkejut dengan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pelantun lagu Hand To Myself ini tidak segera bangun sebaliknya dia sempat lagi tertawa lalu berkata dengan nada bergurau,

"Pertama kali jatuh sepanjang jelajah, anda semua percaya ini?" ucapnya.

Dia yang mengenakan bodysuit berwarna hijau metalik tetap profesional dan meneruskan persembahan nyanyiannya.

Insiden yang menimpa Selena itu sekaligus mengingatkan peminat pada tragedi serupa terjadi pada Justin Bieber. Malah, Bieber dilaporkan sudah terjatuh di pentas sebanyak dua kali pada tahun ini iaitu sekali di bulan April dan kali kedua pada minggu lalu.

Sama seperti Selena, Bieber juga tidakk malu dengan kejadian itu sebaliknya menjadikan ia sebagai jenaka. Menerusi laman sosial Twitter, Bieber menulis,

"Saya kucing. Punya nyawa 9. Haha."


Powered by Blogger.