F Teringin Jalani Pembedahan Payudara Diusia 16 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Teringin Jalani Pembedahan Payudara Diusia 16 Tahun

Aktres dan model Chloe Moretz mengaku pernah berhasrat mahu menjalani pembedahan payudara ketika di usianya 16 tahun.

Chloe membuat pengakuan tersebut ketika diwawancara oleh Majalah Elle baru-baru ini.

Pelakon filem Kick-Ass ini berkata, keingginan tersebut timbul dek akibat berdepan dengan tekanan kerana dia mula bergelar anak seni di
Hollywood sejak kecil. Kerana itu juga dia berasa kurang percaya diridan ingin mengubah hampir keseluruh bahagian tubuhnya.

"Ketika berusia 16 tahun, saya mahu menjalani ingin pembedahan payudaa. Saya juga ingin lemak di bawah dagu saya dihilangkan. Saya juga mahu menjalani pembedahan mengecilkan pinggul," tuturnya.

Bagaimanapun hasratnya itu langsung mendapat tentangan daripada ibunya.

Sehinggalah di usianya yang kini menginjak 19 tahun, Chloe sedar bahwa keinginannya itu sangat merugikan diri sendiri.

"Ibuku berkata, 'Tentu saja tidak boleh! Jangan lakukan pembedahan plastik!

"Dan sejak itu saya menyedari satu perkara bahawa bentuk tubuh saya adalah apa yang dimiliki diri saya sekarang," katanya.
Powered by Blogger.